Mengapa perlu kahwin muda?

Gambar By  Raudhatuljannah1209


Bila sebut kahwin, semua mahu kahwin. Tiada yang terindah selain perkahwinan. Kenapa? Bila kahwin dengan cara halal, lelaki dan wanita memang sah halal untuk bersama terutama yang ingin dibelai dengan perasaan cinta dan kasih sayang dan ada yang inginkan perhubungan itu kekal sepanjang hayat. Ada juga yang ingin menjauhkan diri daripada maksiat atau jauhkan diri daripada terkandas dalam jurang penzinaan, ada yang yang ikut sunnah dan ingin berjuang atas dasar Islam. Ada juga kahwin paksa dan paling teruk, kahwin selepas berzina. Tapi kahwin itu satu perkara yang sememangnya digalakkan oleh para Nabi kita.

KELEBIHAN NIKAH

saat akad nikah~dapat PAHALA!
suami peluk isteri~dapat PAHALA!
cium isteri~dapat PAHALA!
renung isteri~dapat PAHALA!
suami bekerja untuk cari rezeki halal untuk isteri~PAHALA!
suami bernafsu tengok isteri~PAHALA!
suami pegang isteri ~PAHALA!
suami marah isteri(untuk menegur)~PAHALA!
suami imamkan isteri~BERLIPAT KALI DARAB TAMBAH kali kuasa dua PAHALA!
suami ajar isteri fardhu ain~PAHALA!
suami setubuh isteri~PAHALA!
main kenyit2 mata dengan isteri~PAHALA!
Allhhurabbi..SERONOKNYA.


Mengapa perlu kahwin muda?

1.Tuntutan Agama
2.Mengelak daripada zina
3.Menjadi lebih bertanggungjawab
4.Menimbulkan Ketenangan jiwa
5.Fikiran lebih matang
6.Membaiki diri
7.Plan jangka panjang
8.Rezeki bertambah

Perbagai persepsi dan tanggapan sering diberikan kepada pasangan yang berkahwin pada usia muda. Namun itu bukanlah alasan untuk menghalang seseorang itu untuk berkahwin pada usia muda. 


Printscreen sembang ilmiah mengenai kahwin muda dengan rakan2 facebook :)

Nie adalah soalan yang ditanya oleh saya kepada rakan2.




Jawapan rakan2 mengenai kahwin muda :)










Nas Al-Quran :

"Dan kahwinlah orang bujang (Lelaki atau perempuan) dari kalangan kamu, dan orang yang salih dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah swt akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpa kurnia-Nya, kerana Allah swt Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui"

(Surah An-Nur 24:32)

Berkahwin di usia muda ketika belajar sebagai contoh mampu memberi fokus kepada sesetengah mahasiswa/mahasiswi dalam pelajaran dan juga ibadat. Banyak contoh-contoh pasangan yang kita dapat lihat setelah berkahwin ketika mereka belajar, keputusan peperiksaan mereka setiap sem amat-amat memberangsangkan. Mereka tak perlu selalu memikirkan tentang pasangan mereka kerana itu dah sah/ halal milik mereka bersama. Dan mereka mampu beribadat lebih tenang tanpa apa-apa godaan syaitan dan iblis yang mengajak mereka melakukan maksiat kerana segala yang mereka lakukan berdua adalah pahala disisi Allah (indahnyakan).Perkahwinin ini insyaALLAH akan mudah meningkatkan Iman masing-masing malah Allah S.W.T mengkurniakan rezki bercurah-curah.


Bagaimana pula dengan pendapat anda mengenai kahwin muda??

7 comments

sangat indah bila kahwin muda

Reply

singgah blogwalking malam...

Reply

salam.. ina singgah sini...

alhamdulillah mungkin ina juga dikategorikan kahwin muda jugak i'allah.... :) nice dan sgt bermanfaar entry ni...

Reply

terima kasih kerana sudi singgah :)

Reply

terima kasih kerana sudi singgah

Reply

terima kasih kerana sudi singgah :)

Reply

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Sebarang Komen Anda Di Sini.


Tinggalkan Jejak Atau Url Blog Anda Bagi Memudahkan Saya Blogwalking..

AMARAN: Shokrijay [dot] com tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tiada kata cacian di sini.