Senarai 5 blog pilihan sepanjang 2012


Walaupun  masih baru dalam dunia blog tetapi saya banyak menghabiskan masa yang terluang untuk melawati blog-blog yang mana bagi saya blog-blog tersebut mempunyai daya tarikan yang tersendiri dan menarik .

Sekarang kita berada di penhujung tahun 2012,jadi saya akan umumkan blog yang menjadi pilihan sepanjang tahun 2012.Semua pemilihan blog ini bukan berdasarkan rangking alexa dan pemilihan dilakukan atas citarasa dan naluri saya sendiri..

Senarai 5 blog pilihan sepanjang 2012


1.BLOG SERIUS – Blog paling cool dalam platform percuma menyampaikan berita dan lifestyle semasa termasuk dunia teknologi tempatan dan luar negara.


2.DENAIHATI -  Mempunyai niche pelbagai dari tekhnologi sehingga isu semasa. Saya agak hairan bagaimana pemilik blog melaksanakan sebuah blog dengan niche berbagai begitu berjaya sekali. Denaihati telah mencapai ranking terbaik dengan trafik yang menakjubkan. Beliau juga berasa blog ini akan mencapai tahap yang lebih tinggi dalam dunia blog di masa akan datang.




3.AMANZ.MY- 
Amanz Network memfokuskan kepada penghasilan kandungan yang lebih memfokuskan dunia IT, dimana amanz membangunkan dan mengeluarkan artikel mengenai perkembangan dunia IT dalam dan luar negara, selain pada masa yang sama mengeluarkan ulasan mengenai peranti dan gajet semasa. Amanz juga pada masa yang sama menghasilkan tutorial dan menggunakan bahasa Malaysia sepenuhnya.




4-KUJIE2-Saya mula mengenali blog Kak Kujie ini melalui  hasil carian google dan banyak blog tutorial yang saya baca dan cuba fahami walaupun masih belum mempunyai blog pon.Perkara yang saya PALING senangi dengan blog Kujie2.com ini adalah loading yang sangat cepat, entry yang menarik dengan gaya bahasa bersahaja dan mudah difahami. Font dan background pun simple je, senang untuk mata melihat.Saya hanya sekadar silent reader di blog Kak Kujie2.




6-BLOG MOHD ISA:Blog ini menyediakan pelbagai artikel berkenaan dengan selok-belok belajar SEO (search engine optimization), selain itu juga menyediakan tips SEO serta panduan SEO khas buat blog. Saya juga boleh mempelajari pelbagai tutorial SEO yang dikongsikan di blog ini.



4 comments

Assalamualaikum...
Salam perkenalan.....

Pilihan hati citarasa sendiri,
Blog terhebat sering dilawati,
Apa yang dipilih tentunya banyak berbakti,
Segala maklumat yang diperlukan senang dicari.

Sememangnya blog di atas aca kelebihan tersendiri.
Ada masa kunjungi blog saya di :
http://www.sensasi2020.com

TQ, jumpa lagi.

Reply

ikaa xde senarai pun..sadis...hihihi

Reply

mungkin next tiem blog ikaa pun akan tersenarai juga in sya Allah..

Reply

Waalaikumussalam dan salam perkenalan jug En.Kamil..

terima kasih sudi melawat blog saya..

p/s:saya telah klik g+1 untuk artikel contest iphone5 gadget impian..Semoga berjaya...

Reply

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Sebarang Komen Anda Di Sini.


Tinggalkan Jejak Atau Url Blog Anda Bagi Memudahkan Saya Blogwalking..

AMARAN: Shokrijay [dot] com tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tiada kata cacian di sini.