Sabar Didalam Kehidupan Kita Di Dunia


Sabar Didalam Kehidupan Kita Di Dunia:Sebak dan sedih itulah yang terjadi apabila melihat orang yang hidupnya sentiasa dalam kesusahan.Kadang-kadang terlintas di fikiran bagaimana mereka tabah menghapi kehidupan ini?.



Sedih aku melihat gambar budak di atas..


Mengapa ada ujian dalam kehidupan?

Sebenarnya ujian merupakan lumrah dalam kehidupan. Jika kita menghendaki sesuatu yang kita sukai perlu kita berusaha menggapainya. Dalam pada itu, kesempitan, kesukaran dan berbagai rintangan perlu ditempuhi untuk memenuhi cita-cita kita itu. Lebih-lebih lagi apabila kita mengharap redha Allah yang tiada tandingan jika hendak dibandingkan dengan apa jua bentuk kenikmatan. Namun, ujian di dunia sebenarnya bersifat sementara dan hanya untuk menilai tahap kesabaran manusia. Allah berfirman:


“Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji kamu siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)” ( Al-Mulk: 2)


Hakikat dalam ujian adalah menentukan darjat seseorang insan di sisi Tuhan. Sama ada baik atau buruk semua terpulang kepada diri manusia itu sendiri. Selain itu, jika kita teliti semula sejarah manusia-manusia yang berjaya dalam hidupnya tidak pernah lekang kehidupan mereka daripada menghadapi ujian.
Lihat dalam sejarah hidup baginda s.a.w, berapa kali baginda dicaci maki? Berapa kali batang tubuh baginda disakiti? Berapa kali baginda digelar itu dan ini? Bukankah baginda seorang nabi? Adakah kita lebih mulia daripada baginda sehingga ujian yang datang melanda kita anggap sebagai suatu penyeksaan? Sedangkan baginda menghabisi seluruh kehidupannya dengan menyebarkan kebaikan walhal kita hidup dengan penuh kepura-puraan.
Oleh itu, sedarlah wahai insan, kita diuji bukan bermakna Allah menjauhkan kita dengan-Nya. Bahkan manusia yang teguh dan sabar dalam menempuhi ujian ini hakikatnya dia lebih dekat dengan Allah s.w.t. Di samping itu, apabila manusia diuji sebenarnya Allah sedang berbicara dengannya kerana Allah mahu kebaikan tersemat dalam jiwa hamba. 

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”
Setiap ujian yang menimpa pasti terasa pahitnya atau sakit menekan perasaan kerana kebuntuan fikiran. Oleh itu, sabar adalah suatu perkara yang bukannya mudah untuk dilakukan.

Semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang sebar menghadapi dugaan,cabaran & kesulitan hidup.Amienn..



Rujukan :Bicara ini ..


2 comments

betul tu bro..ujian tu tandanya Allah sayang kat kita...

Reply

dan Allah bagi ujian ke atas kita setimpal dengan kadar keimanan kita..

Reply

Post a Comment

Terima Kasih Kerana Sudi Meninggalkan Sebarang Komen Anda Di Sini.


Tinggalkan Jejak Atau Url Blog Anda Bagi Memudahkan Saya Blogwalking..

AMARAN: Shokrijay [dot] com tidak akan bertanggungjawab terhadap komen yang ditinggalkan oleh para pembaca. Setiap komen pembaca adalah tanggungjawab mereka. Sila komen dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami dan tiada kata cacian di sini.